TMK TAHUN 4
PERANTI INPUT
Alat yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
Peranti input juga berperanan memberi arahan atau maklumat kepada komputer untuk melaksanakan tugas - tugas tertentu.
1.PAPAN KEKUNCI
Berfungsi seperti mesin taip yang membolehkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer
2. TETIKUS
Peranti berbentuk seekor tikus yang berfungsi sebagai penuding ( pointer ) pada kawasan skrin.
Digunakan juga untuk memilih item yang dikehendaki.
3. PENGIMBAS
Pengimbas berfungsi dengan menyalin dan membaca teks atau imej. Data yang disalin dihantar kepada komputer untuk ditukarkan dan disimpan dalam bentuk digital.
4. MIKROFON
Berfungsi dengan menerima suara seterusnya menghantar data suara tersebut kepada komputer. Suara yang diterima akan ditukarkan kepada kod audio digital.
5. PEN CAHAYA
Pen cahaya berbentuk seperti sebatang pen yang peka terhadap cahaya. Pengguna perlu mengacu pen cahaya kepada ikon atau pilihan menu untuk memilih . Pen cahaya juga digunakan untuk menulis dan melukis grafik pada skrin.
6. KAMERA WEB
Kamera web merupakan sebuah kamera video bersaiz kecil yang digunakan untuk merakan
sebarang pergerakan di sesuatu kawasan
No comments:
Post a Comment