Tuesday, June 16, 2015

peranti rangkaian komputer

PERANTI RANGKAIAN KOMPUTER

CONTOH 1



peranti input


TMK TAHUN 4

PERANTI INPUT

Alat yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
Peranti input juga berperanan memberi arahan atau maklumat kepada komputer untuk melaksanakan tugas - tugas tertentu.

1.PAPAN KEKUNCI 

  Berfungsi seperti mesin taip yang membolehkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada         komputer
2. TETIKUS

    Peranti berbentuk seekor tikus yang berfungsi sebagai penuding ( pointer ) pada kawasan skrin.
    Digunakan juga untuk memilih item  yang dikehendaki.


3. PENGIMBAS
 
    Pengimbas berfungsi dengan menyalin dan membaca teks atau imej. Data yang disalin dihantar           kepada komputer untuk ditukarkan dan disimpan dalam bentuk digital.

 

4. MIKROFON 
    
    Berfungsi dengan menerima suara seterusnya menghantar data suara tersebut kepada komputer.           Suara yang diterima akan ditukarkan kepada kod audio digital.



5. PEN CAHAYA 
    
   Pen cahaya berbentuk seperti sebatang pen yang peka terhadap cahaya. Pengguna perlu mengacu        pen cahaya kepada ikon atau pilihan menu untuk memilih . Pen cahaya juga digunakan untuk              menulis dan melukis grafik pada skrin. 

6. KAMERA WEB 

    Kamera web merupakan sebuah kamera video bersaiz kecil yang digunakan untuk merakan
    sebarang pergerakan di sesuatu kawasan